Apa itu ENZIM ?

Januari 6th, 2009 by pino96

Enzim

Kegunaan

Amilase

  • Untuk menghilangkan kanji dalam buah-buahan dan koko semasa pemprosesan jus buah-buahan dan coklat.
  • Ditambah dalam proses pencairan kanji sebelum penambahan malt dalam industri alkohol.

Protease

  • Penyediaan pelembut daging bagi melembutkan daging yang liat supaya mudah dikunyah.
  • Membantu menanggalkan kulit ikan dalam industri pengetinan ikan.

Selulase

  • Melembutkan sayur-sayuran dengan mencernakan sebahagian selulosa sayur itu.
  • Mengeluarkan kulit daripada bijirin seperti gandum.
  • Mengasingkan agar-agar daripada rumpai laut dengan menguraikan dinding sel daun rumpai dan membebaskan agar-agar yang terkandung dalamnya.

Zimase

  • Terdapat dalam yis dan digunakan dengan meluas dalam penyediaan minuman beralkohol seperti bir dan wain.

Halo dunia!

Desember 26th, 2008 by pino96

Welcome to Blogdetik.com. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!